BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 18, 2012

Kehilangan tongkat.

Luahan kali ini aku coretkan khas untuk seorang insan yang pernah ku kenali dahulu dan pernah berada dilubuk hati dan ku kira sangat istimewa bagi ku.. tapi aku sendiri tidak mengerti, mengapa harus terjadi seperti sekarang. adakah aku terlalu dayus hanya membiarkan dia berlalu begitu sahaja, sedangkan aku tahu bahawa dia yang aku mahu. terus terang, sampai sekarang aku masih terluka dah belum ada yang dapat memulihkan ku seperti dahulu. Pertemuan bermula di gereja, dia banyak membimbing aku dari segi kerohanian, dimana aku bermula dari hampir kosong sehingga aku mengenal siapa penciptaku.. Dia unpama tongkat membimbing aku pada mula nya dahulu. tetapi apabila kami berjauhan, dalam masa setahun, hubungan yang bertahan selama tiga tahun itu musnah. sesungguhnya aku tidak menyalahkan nya atas apa yang terjadi antara kami. Mungkin akibat kelemahan ku. aku sangat kecewa.. selama beberapa bulan kami tidak berhubungan akhirnya aku mengambil keputusan kurang bijak, mencari pengganti. tapi ternyata hubungan baru itu tidak kekal lama. cuma sebula. aku tidak dapat memberi sepenuh commitment pada hubungan baru itu, kerana sampai sekarang pun hanya dia seorang yang masih dihati ini. dan barang2 pemberian nya dahulu tiada satu pun yang berkurang , masih ku simpan, malah gambarnya masih lagi kekal diatas mejaku. dan sweater yang dihadiahkan nya sewaktu ulang tahun ku yang ke 23 masih ku pakai sehingga kini. Bukan mudah sebenarnya untuk ku hadapi apa yang terjadi tapi aku tebahkan hati. Dan suatu hari aku terbaca kisah nai Yusuf, yang melarikan diri ke hujung kota kota dan tuhan membiarkan sepohon pokok jarak untuk meneduhinya. disaat Yusuf bersukacita melihat keindahan pokok jarak tersebut, Tuhan menurunkan ulat lalu memakan daun pokok jarak tersebut hingga pokok itu mati. dan Yusuf sangat marah. tetapi Tuhan berkata kepadanya, layakkah engkau marah. aku pernah menjadi Yusuf disaat aku kehilangan tongkatku yang membimbing aku dahulu, dan mungkin rencana Tuhan membuang tongkat ku agar aku mampu berjalan sendiri. dan melakukan lebih lagi untuk nya. dan apa pun yang terjadi kepada insan tersebut sekarang, aku mendoakan agar diberikan kepadanya segala yang terbaik untuk dirinya.. dan diberkatilah dia dan keluarga nya. dan aku memohan maaf atas segala kesilapan ku.