BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 21, 2009

sg limo

Terletak lebih kurang 10km dari kampung terdekatnya iaitu kampung pueh, Sg Limo bukanlah nama yang asing lagi bagi penduduk bardekatan. Sg Limo menjanjikan suatu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan apabila telah menjejak kaki di sana. Sg limo diberikan nama sempena dengan pokok limau hutan yang banyak tumbuh di sebatang sungai kecil yang terdapat di situ di situ suatu masa dahulu.
Bagi kaki pancing, sg limo bagaikan satu syurga bagi mereka, memandangkan terdapat banyak batu dan terumbu karang yang menjadi syurga kediaman ikan. Pelbagai jenis ikan terdapat di sini seperti ikan merah, kerapu, bayan, katarap(panggilan tempatan),pari,gerepoh, kunyit, dan banyak lagi.
Bagi peminat scuba diving, sg limo juga menjanjikan pemandangan dalam laut yang indah. Terdapat pelbagai jenis hidupan laut di sini yang dapat kita lihat, seperti siput, udang karang(lobster), pelbagai jenis ikan, dan semestinya terumbu karang yang berwarna warni.
Sg limo merupakan tempat yang unik kerana meskipun air laut di tempat lain bergelora, namun di Sg Limo, airnya tetap tenang kerana terdapat banyak batu yang menjadi pemecah ombak di tengah laut. Bagi sesiapa yang belum mahir tentang kedudukan batu di Sg Limo, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat bantuan penduduk tempatan yang biasa dengan tempat tersebut untuk memastikan perjalanan yang selamat.
Sg Limo menjanjikan pantai yang bersih dan pemandangan yang sangat cantik terutama pada waktu pagi dan juga ketika matahari terbenam. Keindahan Sg limo mampu membuatkan kita lupa segala permasahan dan juga kesibukan kerja. Tiupan angin laut pada waktu tengah hari membuatkan kita berasa tenang dan selesa walaupun matahari terik.
Bagi penggemar makanan laut, disinilah terdapatnya pelbagai jenis makanan laut, dari udang, ikan di laut, sehinggalah ketam dan lokan di kawasan paya bakaunya. Penduduk tempatan akan pergi ke tempat ini untuk mencarinya dan bermalam selama beberapa hari sebelum pulang ke kampung membawa hasil yang diperolehi. Sesiapa yang bernasib baik, boleh membelinya di jeti ataupun di jambatan tempat menambat perahu.








































































































1 comments:

mez nani said...

interesting..
promote tempat sendiri..hehe
pasni jadikan slh satu pusat peranginan
bole juga tumpang memancing n so..on
hehehe